Khamis, 20 Ogos 2009

Bawang Merah Banyak Khasiat

Bawang merah terbentuk dari lapisan daun yang membesar dan bersatu.Ia mengandungi Vitamin C,potasium,serat,asid folik,kalsium,zat besi dan protein.
Dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah dalam tumbesarannya ialah nitrogen dan kalium.Nitrogen untuk perkembangan daun,meningkatkan warna hijau serta pembentukan cabang,manakala kalium berfungsi untuk pembentukan gula dan asas penghasilan protein.Ia juga meneutralkan asid rganik serta berperanan dalam pertumbuhan akar bawang.Bawang merah membiak melalui tunas dan umbinya.
Selain digunakan sebagai perencah masakan,bawang merah mempunyai nilai dari segi perubatan.Kandungan flavonoidnya dapat mengurangkan risiko kanser,penyakit jantung,kencing manis,mempunyai unsur anti-kanser dan banyak lagi.Bawang merah juga dapat menolong hati membuang toksin dari badan serta menghindarkan daripada kanser perut.Ia juga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit kencing manis.
Jika kita amalkan memakan bawang merah setiap hari,ia akan membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko esteoporosis sehingga 20 peratus.Bawang merah juga mengandungi agen yang dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Malah kandungan sulfur yang terdapat di dalamnya membuatkan kulit kelihatan muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan