Khamis, 20 Ogos 2009

Bawang Merah Banyak Khasiat

Bawang merah terbentuk dari lapisan daun yang membesar dan bersatu.Ia mengandungi Vitamin C,potasium,serat,asid folik,kalsium,zat besi dan protein.
Dua unsur penting yang diperlukan oleh bawang merah dalam tumbesarannya ialah nitrogen dan kalium.Nitrogen untuk perkembangan daun,meningkatkan warna hijau serta pembentukan cabang,manakala kalium berfungsi untuk pembentukan gula dan asas penghasilan protein.Ia juga meneutralkan asid rganik serta berperanan dalam pertumbuhan akar bawang.Bawang merah membiak melalui tunas dan umbinya.
Selain digunakan sebagai perencah masakan,bawang merah mempunyai nilai dari segi perubatan.Kandungan flavonoidnya dapat mengurangkan risiko kanser,penyakit jantung,kencing manis,mempunyai unsur anti-kanser dan banyak lagi.Bawang merah juga dapat menolong hati membuang toksin dari badan serta menghindarkan daripada kanser perut.Ia juga dapat mengurangkan tahap gula dalam darah pesakit kencing manis.
Jika kita amalkan memakan bawang merah setiap hari,ia akan membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko esteoporosis sehingga 20 peratus.Bawang merah juga mengandungi agen yang dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.Malah kandungan sulfur yang terdapat di dalamnya membuatkan kulit kelihatan muda.

Info Sains

Kuku Petunjuk Penyakit

Kuku berfungsi melindungi hujung jari dan memberikan lebih sensitiviti kepada deria sentuh manusia dan haiwan.Ia tidak mempunyai saraf dan terbentuk daripada lapisan keratin iaitu sejenis protein yang yang dibiasa dijumpai pada rambut dan kulit.
Pertumbuhan kuku bergantung kepada jantina,umur pemakanan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang.Biasanya pertumbuhan kuku tangan ialah 0.01 milimeter sehari,manakala kuku kaki lebih lambat.Kuku manusia normal setebal0.43 milimeter.Kuku tangan mengambil masa selama tiga hingga enem bulan untuk tumbuh sepenuhnya dan menggantikan kuku yang rosak.Manakala kuku kaki pula memerlukan masa antara 12 hingga 18 bulan.
Kuku mulai tumbuh dari bahagian paling bawahdinamakan kutikel atau bunga kuku.Ketika sel-sel baru tumbuh ,sel-sel lama akan mengeras.Kuku yang sihat biasanya lembut dan tidak patah.Warnanya sekata dari bahagian bawah hingga hujung jari.
Kuku mempamerkan tahap kesihatan seseorang.Perubahan pada kuku dan kedudukan seperti rekahan,tebal,rapuh serta pelbagai lagi,menadakan isyarat tertentu mengenai kesihatan seseorang.Contohnya jika kuku bewarna kekuningan berkamungkinan seseorang itu menghadapi masalah pernafasan,bronkitis atau jangkitan bakteria pada bahagian bawah kuku.Warna kebiruan pada pangkalnya menandakan pesakit menghadapi masalah jantung.





Diri Saya

Hai,nama saya Nur Aisyah Aqilah.Saya berumur 12 tahun.Saya tinggal di Tanah Merah,Kelantan.Tidak lama lagi saya akan menghadapi UPSR.Jadi,saya berharap kepada semua yang mengunjung blog saya,saya berharap supaya mendoakan saya mendapat 5A dalam UPSR.Saya juga akan mendoakan kepada sesiapa yang turut menghadapi UPSR pada tahun ini.Tangan dah lenguh nak menaip ni,berhenti dulu.Bye.....